Saturday, March 14, 2009

UMP – Singapore Academic Visit 2008 (USIV ‘08)



Pada 25 November 2008 sehingga 29 November 2008 yang lalu, seramai 12 orang mahasiswa beserta 2 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG telah membuat lawatan rasmi antarabangsa ke negara Singapura, antara tempat yang dilawati adalah, Kedutaan Malaysia di Singapura, NEWater Visitor Center, National University of Singapore, dan Marina Barrage.

Program UMP – Singapore Academic Visit 2008 (USIV ‘08) merupakan program lawatan pembelajaran yang difokuskan kepada pendedahan terhadap penggunaan teknologi tinggi oleh pihak-pihak yang berkenaan di Singapura. Program ini juga merupakan program lawatan muhibbah di mana mahasiswa mahasiswi UMP akan dibawa untuk melawat institusi pengajian tinggi tempatan Singapura bagi mewujudkan hubungan yang baik serta menjadi medan bertukar-tukar pendapat dan berkongsi fikiran. Sepanjang kami menjayakan program UMP-Singapore Academic Visit, kesemua objektif yang telah digariskan di awal program telah berjaya dicapai dan kesemua aktiviti kami mengikuti mengikut segala spesifikasi sama ada dari segi aktiviti dan kewangan.

Diantara objektif sepanjang lawatan adalah; Memperkenalkan dan mempertingkatkan imej UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, Memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi tentang tahap pengurusan yang berkesan dan cekap di Singapura di dalam menggunakan teknologi yang sedia ada secara efektif ke tahap optimum, Memberi peluang kepada mahasiswa mahasiswi melihat sendiri akan kecanggihan teknologi terkini, Mempromosikan destinasi pelancongan khususnya di negeri Pahang dan Mewujudkan hubungan dua hala di antara universiti di Singapura.

Bersesuaian dengan hasrat Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia, kami ingin mengorak langkah awal untuk lebih dikenali di seluruh dunia. Sebagai mahasiswa mahasiswi, kami ingin meluaskan pandangan kepada penggunaan teknologi yang lebih maju dan terdapat di luar negara untuk meningkatkan pengetahuan yang sedia ada.